AYAM

Resepi Ayam Pandan

12:36 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam 
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
15 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
Garam
Gula
Serbuk perasa (jika suka)
Daun pandan secukupnya - dipotong mengikut kesesuaian saiz potongan ayam
Pengcungkil gigi / lidi 

Cara Penyediaan:

1) Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.

2) Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan cili padi, kemuidan gaulkan bahan tumbuk bersama ayam, madu, santan, garam, gula dan serbuk perasa.

3.  Balut ayam dengan daun pandan, kemudian cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan pengcungkil gigi / lidi supaya ayam tidak terkeluar.

4. Potong lebihan hujung daun supaya kemas, seterusnya apabila telah siap ayam dibungkus, goreng sehingga kuning keemasan dengan kadar api yang sederhana.

5. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.

6. Siap dan sedai untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook