AYAM
Ayam Goreng Berempah
gambar hiasan |
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (basuh bersih dan toskan)
Minyak masak
Bahan kisar:
1 1/2 sb jintan manis
1 1/2 sb biji ketumbar
1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1/2 cawan air
1 sb air asam jawa (pekat)
1 paket kecil serbuk cili
2 sb serbuk kari daging / ayam
4 sb tepung beras
1/2 sb garam
1/2 sb gula
Cara-cara penyediaan:
1) Campurkan ayam dengan bahan kisar ke dalam satu bekas dan gaul sebati.
2) Perap 30 minit - 1 jam letak ke dalam peti sejuk.
3) Panaskan kuali kemudian masukkan minyak masak, gorengkan ayam, semasa menggoreng ayam tersebut bolehlah tabur daun kari.
4) Angkat dan toskan minyak, sedia dihidangkan bersama nasi putih biasa atau nasi kukus.
Selamat Mencuba
Selamat Mencuba
0 comments: