SAMBAL

Sambal Goreng Jawa

3:02 PTG mridzuanismail86 0 Comments

Gambar Hiasan


Hidangan untuk 4-5 orang makan

Bahan-bahan Untuk Dikisar:

Bawang merah - 10 biji
Bawang Putih - 5 biji
Ikan Bilis setengah cawan (direndam dahulu)
Cili padi/ cili kering 15 tangkai (ikut kesesuaian)
Serai - 1/2 inci
Lengkuas - 1/2 inci

Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :

Kentang - 5 biji (potong dadu sederhana besar)
Tauhu basah 3 keping (potong dadu)
Tempe 5 keping (dihiris nipis dan kecil)
Fucuk (tauhu kering) - 3 keping (digunting bentuk segi dan direndam)
Soo Hoon sebungkus kecil (digunting dan direndam)
Ikan Bilis sederhana besar (digoreng sehingga kekuningan)
Bawang Besar - 2 biji (di hiris)

Bahan-Bahan lain :

Kicap lemak manis
Santan pekat 1 1/2 cawan
Asam jawa 1/4 cawan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti 
    goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik 
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi 
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk 
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.


sumber cikmatahariku

0 comments:

Like Us On Facebook