NASI
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan Nasi: -
4 cawan beras Jati - basuh bersih dan toskan
1 cawan beras pulut - basuh bersih dan toskan
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sb halba
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Cara Penyediaan:
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam).
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Siap dan boleh dihidangkan bersama gulai ikan aya/tongkol.
Resepi Gulai Ikan Aya/Tongkol:
Rebus ikan aya hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam,
(tapis dan simpan air rebusan ikan sahaja).
Bahan-bahan:
1 sb serbuk ketumbar
1/2 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
3 sb cili kisar
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sb kerisik
4 keping asam keping
1/2 keping gula nisan/gula melaka
Sedikit belacan
10 biji cili padi
Sedikit garam
Bahan kisar:-
1 inci lengkuas
1 inci lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
1. Masukkan santan ke dalam periuk kemudian masakkan santan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, rempah gulai cap bunga ros, cili kisar, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula nisan/gula melaka.
3. Masak sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang telah direbus.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan siap boleh dihidangkan bersama nasi dagang.
Resepi Acar Timun:
1 batang timun
1 batang lobak
2 biji cili merah
1 biji bawang merah besar
1 biji bawang merah besar
- Semua dihiris memanjang
1 sb gula
1 sk garam
1 sb cuka
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidangkan.
0 comments: