AYAM

Resepi Ayam Buttermilk

5:04 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Resepi Ayam ButterMilk

Bahan-bahannya:

400 gram daging ayam (untuk 4 orang makan - ayam dipotong kecil)

3 cawan tepung goreng ayam (saya guna jenama Bestari)
1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
3 sudu butter

3 keping cheese- (saya gunakan jenama cheesedale)
2 tangkai daun Kari
3 biji bawang merah (hiris atau dipotong dadu)

2 ulas bawang putih - dihiris
3 biji cili api hijau

3 biji cili api merah 
Garam
Gula - Optional
Perasa - sekiranya suka
Minyak masak untuk menggoreng ayam

Cara Penyediaanya :


 1. Gaulkan daging ayam dengan tepung goreng ayam, kemudian perap selama 15 minit di dalam peti sejuk, kemudian gaulkan sekali lagi ke dalam tepung goreng ayam tadi sehingga sebati.



2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, goreng ayam sehingga masak atau sehingga kuning keemasan, kemudian panaskan kuali dan masukkan butter.



3. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api merah dan hijau.



4. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap, masukkan cheese dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.


5. Masukkan daun kari dan kacaukan.


6. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat.





Selamat Mencuba..

0 comments:

Like Us On Facebook