MEE

Resepi Mee Calong

2:30 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:


1/2 kg ikan selayang/tamban/parang 
1/2 cawan ais kiub/tube
8 biji bawang merah - dihiris
5 biji bawang putih - dihiris
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sup bunjut
Daun sup - dihiris halus
Daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Tauhu goreng - dibelah menyerong (bentuk segitiga)
Fishcake/fishball 
Mee kuning / bihun - dicelur
Sambal lada merah


Cara Penyediaan:


1. Mula-mula siang ikan dan ambil isinya, perlu keluarkan semua tulang halus pada ikan, gaul bersama dengan sedikit garam dan gula, kisar bersama ais, kemudian buatkan bentuk bebola, seterusnya rebus ke dalam periuk yang berisi air mendidih, masak sehingga bebola terapung tanda dah masak dan sedia diangkat.

2. Untuk membuat tauhu sumbat, potong tauhu menyerong menjadi bentuk segitiga. Belahkan tauhu di tengah kemudian sumbatkan lebihan isi ikan tadi ke dalam tauhu goreng. Tulang ikan tadi direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam pengisar dengan sekali tekan, tapis untuk mendapatkan stok ikan.

3. Panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air.dan biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan sup bunjut, tauhu goreng yang telah disumbat dengan isi ikan dan bebola ikan tadi ke dalam kuah. Tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. Perasakan.

5. Siap untuk dihidangkan bersama mee kuning/bihun yang telah siap direbus atau celur. Taburkan daun bawang dan daun sup ke atasnya.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook