AYAM,

Resepi Bebola Ayam Cheese | Mudah dan Rangup

11:13 PG mridzuanismail86 3 Comments



Bahan-bahan:

Daging ayam (bahagian dada / boneless)- dicincang atau dikisar
1 batang lobak merah - dipotong dadu
Daun bawang (optional)
1 biji bawamg merah - dicincang
1 ulas bawang putih - dicincang
Garam secukup rasa 
1 sb sos tiram 
1 sb lada hitam biji - ditumbuk halus 
1 buku cheedar cheese - dipotong dadu
Serbuk roti (warna oren)



Cara Penyediaan:

1) Di dalam satu mangkuk, masukkan daging ayam, lobak merah, daun bawang, sos tiram, garam dan lada hitam, gaul sebati.

2) Kemudian bulat-bulatkan adunan (mengikut saiz kesesuaian anda), seterusnya tekan bebola tersebut menjadi leper dan letakkan cheedar cheese ditengah-tengah.
 
3) Akhir sekali golek-golekkan bebola ke dalam serbuk roti, letakkan ke dalam peti sejuk dalam masa lebih kurang 1/2 jam.

4) Keluarkan dari peti sejuk dan digoreng sehingga oren keemasan (menggoreng bebola ini tidak perlu terlalu lama kerana serbuk roti akan menjadi cepat hangus).

5) Angkat dan toskan minyak, siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

3 ulasan:

Like Us On Facebook