AYAM

Resepi Ayam Masak Kuzi

12:11 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – dipotong 12 bahagian
Sedikit saffron
1 sb pes halia bawang putih
600gm bawang merah kecil - dihiris halus dan digoreng garing
1 tin susu sejat
1/4 cawan buah badam - direbus dan dibuang kulit
1/4 cawan biji gajus - digoreng dengan minyak sapi
60 gm kismis hitam
2 sb minyak sapi.
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 cawan air i
Garam dan gula secukup rasa

Penyediaan Rempah Kuzi:

1 sudu besar biji ketumbar.
1 sudu kecil biji jintan manis.
1 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil biji lada putih.
1/2 sudu halia kering.
1/4 sudu kecil kayu manis.
1/2 sudu serbuk kunyit.

Cara Penyediaan:

1. Sangai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis, kemudian kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.

Cara Penyediaan:

1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.

2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.

3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehinnga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.

4. Goreng bawang dalam minyak gorenga ayam tadi. Bila bawang gorengan mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.

5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masaka sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah gajus.

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook