AYAM

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi | Mudah dan Sedap

4:46 PTG mridzuanismail86 0 Comments

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - potong ikut kesukaan, bersihkan dan toskan
  • 1 keping asam keping
  • 4 biji kentang - dipotong empat bahagian
  • 2 kotak santan segera 
  • 3 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - dimayang halus
  • gula dan garam secukupnya
  • bahan perasa - optional
  • air bila perlu

Bahan kisar halus:

  • 30 biji cili padi kampung 
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis

Cara Penyediaan:

Ayam Masak Lemak Cili Padi


1. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk.

2. Masukkan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.

3. Masukkan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa. masukan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.

4. Akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.



sumber : blogopsi.com

0 comments:

Like Us On Facebook