SNEK

Resepi Piza Roti Gardenia Mudah dan Simple

12:02 PTG mridzuanismail86 0 Comments



Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.. kadang-kadang saya juga rasa ingin makan makanan orang itali ini, tetapi apakan daya bila tidak mencukupi bajet pula, maka terjadilah resepi saya kali ini iaitu Resepi Piza Roti Gardenia Mudah dan Simple je nak buat sebenarnya. Apa yang penting adalah semangat memasakannya itu menebal pasti semuanya akan jadi in shaa Allah :).

Apa yang anda dapat lihat piza saya buat tu tidaklah seberapa cantik rupanya akan tetapi rasanya pula.. ermmmph sedapnyaa hee :) dan sebab tulah juga saya ingin berkongsi dengan anda resepi saya ini. Piza macam ini sangat digemari oleh anak-anak jadi tidak salah anda sediakan untuk keluarga anda sekali kan. 

Dengan tidak melengahkan masa lagi, saya mempersembahkan bahan-bahannya adalah :

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti Gardenia (kalau nak banyak lebihkan sikit bahan-bahannya ye)
  • 4 sudu Tomato Puree (apa-apa jenis pon boleh)
  • 1/2 biji Capsicum Merah (Lada Benggala) - dipotong dadu
  • 1/2 biji Capsicum Hijau (Lada Benggala) - dipotong dadu
  • 4 batang sosej 
  • 4 keping Cheedar Cheese 
  • 1 genggam Mozarela Cheese (lagi banyak lagi sedap hee:)
  • Sedikit serbuk Lada hitam
  • Sedikit serbuk Oregano (pakai mix herbs pon boleh)




CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Mula-mula sekali rebus sosej sehingga kembang sedikit, potong bulat-bulat dan ketepikan, letakkan roti gardenia pada loyang pembakar dan sapukan tomato puree pada roti tersebut.

2. Letakkan 1 kepingan cheedar cheese pada setiap roti yang disapu tomato puree tadi, kemudian letakkan capsicum hijau dan merah (sekiranya suka) di atas semua roti tersebut dan letakkan sosej yang telah dipotong bulat-bulat tadi.

3. Kemudian taburkan Mozarela Cheese di atas roti-roti tersebut sehingga menutupi semua bahan-bahan (kalau letak banyak pastikan akan jadi tarik-tarik tuu hee), taburkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano TIPS: (sedikit sahaja serbuk oregano kerana kalau letak banyak akan rasa pahit).

4. Bakar selama 10-15 mint dengan tahap kepanasan 150 darjah celcius atau sehingga masak. 

Siap dihidang dan selamat mencuba... :)


0 comments:

Like Us On Facebook