DAGING

Resepi Begedil Daging | Sedap dan Mudah

9:03 PG mridzuanismail86 2 Comments



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaratuh, baru-baru ini saya berkesempatan untuk menikmati hidangan soto di salah sebuah bandar di Pahang, tetapi ternyata seketul begedil ini boleh tahan harganya hee.. jadi saya berfikir apa salahnya kita buat sendiri di rumah dan di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu resepi kegemaran saya iaitu Begedil Daging yang sedap dan mudah je nak sediakan, begedil daging ini sesuai dimakan bersama soto, bihun sup atau nasi.


BAHAN-BAHAN
  • 3 keping daging burger (saya guna jenama RAMLY)
  • 6 biji kentang - dipotong baji 
  • Daun Sup - dihiris kecil
  • Daun Bawang - dihiris kecil
  • 2 biji bawang besar (merah) - dipotong dadu kecil
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 2 biji telur - dipukul berasingan
  • Garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu breadcrumbs (serbuk roti) - optional
  • Minyak masak



CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, gorengkan kentang yang telah dipotong baji sehingga kuning keemasan dan sedikit garing.

2. Setelah masak kentang tersebut, angkat toskan minyak dan biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian tumbuk semua kentang tersebut dan letakkan ke dalam mangkuk.

3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit sahaja (1 sudu besar) minyak masak, tumiskan bawang merah, setelah naik bau sedikit masukkan semua daging burger, biarkan ia masak sekejap sahaja kemudian hancur-hancurkan daging tersebut dan goreng sehingga sedikit garing.

4. Setelah daging burger itu masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kentang tumbuk tadi, masukkan telur yang telah dipukul, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, daun bawang, daun sup, bawang goreng dan gaul-gaul sehingga adunan sebati.

5. Kemudian kepalkan bulat-bulat adunan tersebut dan leperkan, kemudian pukul sebiji telur lagi.

6. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, TIPS: (minyak jangan terlalu banyak, cukup untuk menenggelamkan separuh begedil tersebut sahaja), kemudian celupkan begedil tersebut ke dalam telur yang dipukul tadi dan goreng, TIPS: (pastikan bahagian bawah masak atau garing dahulu barulah dibalikkan sebelah lagi, sebab kalau kita balikkan terlalu cepat begedil akan hancur).

7. Siap dihidangkan bersama soto atau bihun sup.. ermm dap :)

SELAMAT MENCUBA!!

2 ulasan:

  1. Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam

Like Us On Facebook