SNEK

Resepi Burger Ala KFC | Mudah dan Sedap

3:38 PTG mridzuanismail86 0 Comments

Hari di hujung minggu biasanya saya akan buat sesuatu makanan yang pasti digemari oleh keluarga saya, asyik masak masakan biasa je kan kali ini saya akan berkongsi resepi burger ayam ala kfc gitu hee.

Resepinya mudah untuk disediakan dan juga sesuai untuk anak-anak dan seisi keluarga,  yang paling penting resepi ini bila anda sediakan dengan cara yang betul pasti lebih kurang kesedapannya dengan Burger Ala (Zinger Burger) KFC (Kentucky Fried Chicken ) yang sebenar In Shaa Allah.

Burger Ayam Ala (Zinger Burger) KFC


BAHAN PERAP AYAM
  • 4 ketul bahagian dada ayam - tanpa tulang
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam BABA's
  • 1 sudu besar serbuk cili (saya guna jenama BESTARI)
  • secubit perasa (serbuk PASTI SEDAP)
  • secubit soda bikarbonat
  • sedikit air
BAHAN SALUT AYAM
  • 2 cawan Tepung Jagung
  • 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 serbuk cili 
  • 1 biji telur ayam - pukul berasingan
  • secubit serbuk soda bikarbonat
  • sedikit garam
BAHAN-BAHAN LAIN
  • 4 biji Roti Burger (apa-apa jenama pon boleh)
  • 1 biji buah tomato (optional) -hiris nipis
  • 1 biji salad (saiz kecik) - potong kecil
  • sos tomato atau sos cili
  • mayonis (optional)  (pakai sos thousand island pon sodap) 
  • 4 keping cheedar cheese
  • sedikit majerin
  • minyak masak - untuk menggoreng ayam
CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Di dalam satu bekas campur dan gaulkan semua bahan perap kemudian gaul  bahagian dada ayam sehingga semua bahan perap tersalut, biarkan bahagian dada ayam dalam bekas tadi kemudian dibungkuskan dengan plastik "wrap" dan dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk selama lebih kurang 1 jam.


2. Keluarkan ayam yang diperap tadi, kemudian telur ayam dipukul (jangan bagi kembang sangat ye) kemudian celup dan golek-golekkan dada ayam ke dalam telur tersebut.


3.Letakkan dan campurkan semua bahan salut ayam ke dalam sebuah bekas yang mempunyai penutup,  kemudian masukkan dada ayam yang dicelup ke dalam telur  tadi ke dalam bekas tersebut dan digoncang sehingga sebati (jangan sampai berterabur tepungnya ye tuan2 puan2 hee).



4.Panaskan kuali dan letakkan minyak masak dan goreng ayam, sementara dada ayam digoreng bolehlah kita siapkan roti burger tersebut dibelah dua, letakkan majerin di kedua belah roti burger dan masak sebentar di atas kuali "fry pan", letakkan cheedar cheese di roti burger (bahagian bawah) , setelah dada ayam dah masak dan bertukar warna keemasan angkat dan terus letakkan di atas roti burger tadi bagi cheese cair dan terasa lagi kesedapannya urmpphh :).



5.Kemudian letak cheedar cheese sekeping lagi, letakkan sos atau mayonis, tomato atau salad, kemudian letakkan roti burger (bahagian atas)  dan siap untuk dihidang.









0 comments:

Like Us On Facebook