IKAN

Resepi Ikan Jenahak Sos Cili Thai

3:22 PTG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan-bahan:

1 ekor ikan jenahak sederhana besar - lumur dengan kunyit dan garam, goreng
3 sb sos cili thai maepranom
1 sb sos cili biasa
3 tangkai cili padi - dipotong
1 tangkai lada merah - dipotong
Sedikit nenas - potong dadu
Sedikit tomato - potong dadu

Bahan untuk tumis:-

1 biji bawang putih - dicincang halus
1/2 biji bawang holland - didadu
Sedikit halia - dicincang
1 sb mentega

Cara Penyediaan:

1. Panaskan mentega, masukkan bahan tumis, masak hingga wangi.


2. Masuk sos cili dan sos cili thai, cili, lada merah dan nenas. Gaul sebati.


3. Masukkan tomato, gaul sebati dan biarkan sekejap.


4. Tutup api, tuangkan sos atas ikan.


5. Siap dan sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook