SNEK
Resepi Cheesy Wedges Ala KFC
gambar hiasan |
gambar hiasan |
Bahan Kentang Wedges –
6 biji kentang
1 cawan tepung gandum
Garam
1 sk Pati Ayam
1/2 sk Serbuk Lada Hitam
Cara Penyediaan:
1. Rebus kentang dalam air panas selama 2 minit, angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi, biarkan sejuk seketika kemudian, potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC. (Sekiranya dipotong bersama kulit, kentang akan menjadi lebih rangup).
2. Kemudian, salutkan kentang bersama tepung gandum, lada hitam garam dan pati ayam .
3. Panaskan kuali masukkan minyak masak, gorengkan kentang bersalut tadi sehingga warna agak keperangan, angkat dan toskan minyak.
gambar hiasan |
Bahan Sos Cheesy –
3-4 sb butter
250ml susu segar / Susu cair (saya guna Susu full cream ducth lady)
2 sb tepung gandum
1 kiub pati ayam
6 keping cheesedale
Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit pewarna kuning utk menambahkan warna pada cheese sos
Cara Penyediaan:
1. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati.
2. Masukkan pula kepingan chessedale, kiub pati ayam dan serbuk lada kemudian boleh masukkan sedikit pewarna sekiranya suka.
3. Kacau sebati hingga masak, sos jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Hidangkan bersama kentang wedges tadi.
SELAMAT MENCUBA
0 comments: