MEE

Resepi Bihun Sup Daging | Mudah dan Sedap

12:42 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh, keluarga saya mengidamkan masakan bihun sup daging saya hee ;), jadi dengan kesempatan ini saya berbesar hati untuk berkongsi Resepi Bihun Sup Daging kepada anda semua.

Suka saya berkongsi bersama anda resepi bihun sup ini yang mudah dan simple je, yang paling  penting walaupun mudah dan simple tapi sudah tentu sedap tidak terkata hendaknya. 

Ok saya pun tidak mahu membuang masa lagi dan inilah bahan-bahannya:

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun - rendamkan ke dalam air panas dalam 15 minit
  • 1/2 kilogram daging lembu - direbus (simpan sedikit air rebusan)
  • 10 batang Fishcake - dihiris
  • 6 biji telur - direbus (optional)
  • Daun Sup - dihiris
  • Daun Bawang - dihiris
  • Garam
  • 1 kiub perisa daging
  • 1 sk bahan perasa (PASTI SEDAP)
  • 2 cawan taugeh - dicelur
  • Bawang goreng (optional)
  • Air
Bahan tumis:-
  • 3 sb minyak masak
  • 1 biji bawang besar (merah) - dihiris
  • 3 biji bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 sup bunjut
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan sambal kicap:-
  • 10 biji cili api - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air rebusan daging
Cara Penyediaan:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia, setelah naik bau masukkan pula bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan sup bunjut kemudian tumiskan lagi sehingga semua bahan naik bau.


2. Masukkan pula air ke dalam periuk sebanyak mana kuah yang anda mahukan, tunggu sehingga sup mendidih dan masukkan daging yang telah direbus sehingga daging betul-betul empuk, kemudian letakkan kiub daging dan bahan perasa, kemudian letakkan garam secukup rasa. Setelah mendidih masukkan sedikit daun bawang dan daun sup.

3. Hidangkan dan letakkan daun bawang, daun sup, daun bawang goreng, taugeh, sambal kicap, pegedil daging (optional), fishcake dan telur rebus.

Cara Penyediaan Sambal Kicap:

 1. Letak bahan-bahan, cili api, halia, bawang putih, garam, kicap manis dan air rebusan daging tadi, kemudian kisar semua bahan-bahan tersebut.

2. Siap dan hidangkan bersama bihun sup tadi.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook