IKAN,

Resepi Kailan Ikan Masin

12:45 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:


5 pokok kailan - dipotong
2 keping isi ikan tenggiri (masin)
2 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar - dihiris
3 biji cili padi - diketuk
Sedikit minyak masak
Sedikit air 
Serbuk perasa (jika suka)
3 sb sos tiram

Cara Penyediaan:



1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.

2. Masukkan isi ikan tenggiri jeruk dan goreng hingga masak isinya, hancurkan isi ikan  dan buang tulangnya.

3. Letakkan sedikit sahaja air kemudian masukkan sos tiram, cili padi dan serbuk perasa, kacau ratat.

4. Segera masukkan batang kailan. Kacau sebentar hingga 1/2 masak baru masukkan daun kailan. Kacau sebentar sehingga sayur layu sedikit.

5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook