KUEY TEOW

Resepi Kuey Teow Sizzling

3:17 PTG mridzuanismail86 1 Comments

Gambar Hiasan
Bahan Kuah Sizilling:
300 gram daging ayam - potong ikut kesesuaian dan ambil bahagian isi sahaja
Cendawan Shitake
5-6 ulas bawang putih - di hiris atau diketuk
Segenggam cili kering - di kisar atau boleh dipotong 3 bahagian sahaja 
2 inci halia - di hiris nipis
1 kiub Pati Ayam
6 sb kicap makan pekat (kicap manis cair juga boleh)
6 sb sos tiram
1 sk serbuk lada hitam (kasar)
Garam
Gula
Air (ikut kesesuaian anda mahukan kuah banyak mana)
2 sb bancuhan tepung jagung
Minyak masak

BAHAN-BAHAN LAIN

2 bungkus kuey teow (basuh dan toskan airnya)
Sayur sawi

4-5 biji telur (hidangan sampingan) 

CARA-CARA PENYEDIAAN

1) Panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering tumis lagi sehingga pecah minyak.

2) Masukkan daging ayam masak sehingga daging ayam agak masak sedikit, kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram gaul dan masak sekejap sehingga mendidih.

3) Masukkan air ikut sukatan kuah yang anda inginkan, kemudian masukkan cendawan shitake, kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.

4) Masak sehingga cendawan agak lembut, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung masak sehingga mendidih dan masukkan sayur sawi danperasakan dengan sedikit garam dan gula.

5) Letakkan kuey teow ke dalam pinggan, gorengkan telur separuh masak kemudian letak di atas kuey teow tadi.

6) Tuangkan kuah sizilling ke atas kuey teow dan sedia untuk di hidang.

1 ulasan:

Like Us On Facebook